Thursday, August 11, 2011

HOW I GOT PREGNANT PART 1


Hai bebeh..

Tengok tajuk pun dah tahu kan aku nak taip pasal apa...sebab aku dah janji dengan beberapa orang kawan so aku kongsi la citer pasal nih...kot2 ada yang hadapi masalah macam aku...boleh la buat apa2 yang patut...

Macam mana kau boleh pregnant? apa kau buat? kau ada sakit apa? mahal tak? huish macam2 soalan orang tanya aku...aku kawen dah lama...26 mei 2007...time tu aku tengah sambung master lagi..so memang aku takde la pikir sangat pasal anak..semuanya bermula lepas aku abis master dan tunggu posting...sepanjang 6 bulan nak posting tu aku dah start boring..hah time ni la baru terbuka pintu hati nak ada baby..cewahhhh...

masuk bulan ke 2 menjadi penganggur terhormat aku dah panas punggung dok kat umah..bosan weiiii....makan tido makan tido je...lama2 badan aku pun leh jadi kembang..bukan kembang pregnant....kembang ternak lemak...aku pun start la jumpa doc dalam bulan ogos 2008 gitu...apa pasal la aku tak pregnant lagi nih...doc yang aku jumpa doc yang sama tolong aku bersalin...doc fatimah kat annur bangi...ala kat depan masjid bangi tu jah...

pegi2 jumpa dia je dia scan dan terus amik darah...wah ekspress betul doc nih...2 minggu lepas tu keluar la result...aku ada Poly Cystic Ovarian Syndrome (PCOS)...korang tau tak apa PCOS tu??hah tu la korang tak tahu..orang yang kena macam aku je yang tahu...kalau nak tahu boleh la tanya pakcik google...tapi setelah bertahun2 aku surf internet pasal menda alah ni...aku rumuskan PCOS ni adalah satu sindrom untuk orang perempuan di mana hormon di dalam badan tak seimbang..paham tak murid2??senang cerita ovum kat dalam ovari tidak membesar dan tidak dilepaskan keluar...maka dalam ovari tu banyak la cyst2 yang kecik2 tu..so macam mana nak preggy kan...ovum takleh membesar dengan sihat dan kuat...hah gitu..

tanda2 orang yang ada PCOS nih period tak teratur, badan cepat membesar, tubuh badan banyak bulu...hahahhaah...ingat aku buat lawak ke??pegi la carik kat internet...dan untuk mengawal sindrom ni biasanya doc akan bagi ubat metformin iaitu untuk orang diabetis makan...ubat ni boleh control insulin dalam badan...dan juga digunakan untuk merawat kencing manis...actually orang ada PCOS ni boleh kena kencing manis kalau tak dijaga...huh risau aku...so jangan la minum dan makan yang manis2....

sindrom ni jugak tak boleh diubati..hanya boleh dikawal sahaja sebab kita dah dilahirkan dengan benda tuh...so redha je la...nah ini pic perbandingan antara ovari yang ada dan takde pcos....


alamak dah ngantuk pulak...nanti la aku sambung kat part 2 pulak...chowww...

P/S : macam mana nak tukar jam kat bawah ni eh??aku dah puas carik tapi tak jumpa gak...ada sesape leh tolong??tension tul...

2 comments:

  1. Nak tukar jam tu klik kat design-setting-formatting, adalah kat situ... Ermm,bila sebit pasal pcos saya baru tau sebab ada kawan fb saya pun ada pcos gak..tapi tak tahulah dia tau ke tidak pasal rawatan2 yang awak buat ni..

    ReplyDelete
  2. owh tq min..dah tukar..puas carik...heheheh...ramai yang ada pcos sekarang ni..faktor pemakanan selain dari genetik...cara hidup...kawan min ada jumpa doc?seeloknya jumpa doc pakar cepat2...

    ReplyDelete