Thursday, March 13, 2014

Kembara Orang Berdosa Pt2 : Madinah Al-Munawarah

Perjalanan selama 8 jam tidak dirasai sangat sebab perjalanan waktu malam. Tiba di Madinah jam 10.30 malam waktu madinah (3.30 pg waktu Malaysia). Urusan kastam lancar. Satu perkara disini, adalah  dinasihatkan jika porter telah loading bagasi anda ke atas trolley, anda boleh unloading balik. Sebabnya, akan ada upahnya nanti. Ada 30 rial, ada 50 rial. Bukan bermaksud kedekut, tapi untuk jarak sejauh tak sampai 100m untuk tarik beg beroda, lebih elok anda sendiri yg buat.

Sampai di hotel dalam pukul 2 pagi. Ambil makanan dan kunci bilik. Setelah naik ke bilik, mula2 sangka salah bilik ni. Tapi bila check balik mmg sah bilik yg betul. Bilik di private floor, suite 3 bilik. Alhamdulillah. Dapat plak neighbour yg kenal kat TH Kelana Jaya.
Jam 3 pagi baru habis setel semua. Mandi, solat jamak, unpacking brg2 perlu. Pastu tido la, pukul 4 nak kena bangun bersiap. Subuh dalam pukul  5.30. Pukul 4.00 dah agak ramai dalam ruang solat Masjid Nabawi.
Di depan Hotel di Madinah
Pandangan dari tingkat 14 bilik hotel
Rasa mcm tido dlm 5 minit, alarm S3 dah bunyi. Masa untuk mandi dan bersiap.Trr!!Sejuk..Walaupun dah kena siram dengan air panas & pakai sweater, masih sejuk kat luar masjid. Cukup menarik apabila payung mula dibuka.
Selepas Solat Subuh
Payung yg telah buka sepenuhnya
Selesai solat Subuh, tak lama selepas tu, imam umum untuk solat jenazah. 

Bayangkan jemaah yg hampir satu Masjid Nabawi solat jenazah.

Selesai semua,di perkarangan masjid penuh dengan puluhan ribu jemaah yg solat di luar. Kesejukkan tak menjadi penghalang. Pengalaman yg amat bermakna solat di Masjid Nabawi.

Semasa menuju balik ke hotel, terdengar sayup2 “Malaysia Bagus”, “Malaysia Boleh”. Rupanya peniaga jalanan sudah mula “berperang”. Boleh dikatakan hampir semua peniaga kat sini boleh bercakap Melayu sikit2. Barang yg dijual dari baju hingga ke hati unta pun ada. Murah, boleh naik syeh kalau lama2. Kan takut lari niat asal ke Madinah.

Balik hotel, breakfast. Pagi2 dh tala nasi lauk daging & kambing. Xder istilah diet dah. Makanan ala buffet bertemakan Malaysia campur sikit2 Arab. Nasi ada beras biasa, ada beras basmathi. Amik beras basmathi , pastu jap lagi bersandar.

Program pertama untuk hari ni adalah ziarah dalam kawasan Majid Nabawi. Tempat pertama dalam program ziarah adalah Raudah. Raudah adalah satu tempat khas di dalam Masjid Nabawi. Ia terletak di antara makam Nabi Muhammad (saw) dan mimbar tempat baginda berkhutbah.
Ianya adalah satu tempat yang mustajab doa.  Nak masuk Raudah ni ada peraturannya, jemaah lelaki tak bercampur dengan jemaah perempuan. Hanya untuk jemaah perempuan, waktu lawatan adalah terhad.  Selepas solat subuh dan makan, kami para jemaah berkumpul di lobi hotel untuk ke Raudah. Jemaah perempuan ikut ustazah, yang lelaki ikut ustaz.

Saya yg secara tiba-tiba ingin ke tandas, lalu tanya ustaz ramai lagi yang tak turun. Jawab ustaz ada lagi. Jadi saya bajet sempatla nak ke tandas. Selesai urusan tandas, terus ke lobi. Kat lobi dah kosong, rupanya depa dah gerak masa saya ke toilet.

Habis, kepala dah mula pusing, mana nak cari Raudah ni, Masjid Nabawi tu luas. Pertama kali lak sampai di Masjid Nabawi, cuak jugak. Saya terus istighfar dan berdoa dalam hati agar dipermudahkan urusan. Saya amik keputusan untuk ke sana seorang diri. Sepanjang jalan tak henti2 berdoa pada Allah.

Masuk dalam Masjid Nabawi, kaki saya seolah2 tahu je mana nak pergi. Alhamdulillah sampai jugak di Raudah. Terjumpa dengan mutawif muda Tabung Haji. Beliau adalah pelajar di Jordan. Jadi, saya ikut dia memandangkan dia boleh berbahasa arab. Sampai di kawasan Raudah, penuh dengan jemaah yg sedang beribadat di dalam, yang menunggu giliran nak masuk. Saya dan mutawif tadi amik keputusan untuk solat sunat tahiyatul masjid di kawasan berhampiran Raudah. 
Dalam Masjid Nabawi untuk jemaah wanita

Masjid Nabawi



Sekitar Raudah & Makam Nabi

Dalam Raudah untuk jemaah lelaki

Menuju ke Makam Nabi

Selesai solat, saya terus menuju ke arah Pintu Jibril. Tak tergambar perasaan apabila sampai di pintu Makam Nabi, Makam Abu Bakar & Makam Umar. Jujur cakap, memang susah nak gambarkan apabila lalu di hadapan pintu makam. Mengikut ustaz, Nabi Muhammad menjawab salam umatnya. Allahu Akbar.

Setelah keluar dari masjid, kami berdua terus ke Perkuburan Baqi. Di sini letaknya para sahabat nabi, para isteri nabi dan para syuhada.  Ketika saya sampai, pintu perkuburan masih belum di buka. Jam dah menunjukkan jam 10pg. Saya amik keputusan untuk ke hotel dulu.

Sampai di hotel, terus singgah ke kedai Bin Dawood. Saja pusing2 tgk apa yg ada. Banyak jugak barang yg murah.Maggi cup pun ada. Air Barbican hanya SAR2 (RM2 je). Beli satu jenis roti, brand 7Days. Roti ni asalnya croissant, tapi ada inti kat dalam. Ada cokelat, ada strawberi. 

Naik ke bilik jap dan cuba berhubung dengan wife dengan Whatsapp (guna WIFI hotel). Wife inform kat Raudah penuh, tapi nak cuba masuk jugak. Saya terus bagi galakan dan kata semangat.  Selepas berehat sekejap, wife saya bagitau dia dah selesai di Raudah. Sampai kat bilik wife cerita dia dapat solat sunat depan tiang. Lepas solat baru mutawif perempuan bagi tau yg itu adalah tiang taubat. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan urusan wife saya. Kami berehat seketika. Jam 12.30pm sudah masuk waktu Zuhur. Kami biasa akan turun dalam pukul 11.45am. 

Bersambung...

Thursday, March 6, 2014

Kembara Orang Berdosa Pt1 : Satu Permulaan

Assalamualaikum... dah lama nk tulis (taip) pasal umrah hr tu.. tp bila masuk opis, tinggal kerja 2 minggu je, tp kerja yg nk kena setel mcm 2 bulan cuti...

Kebetulan terjaga, maka sempatlah taip skit2...

Alkisahnya:

Bang, kita pergi umrah nak? Bagai mcm x percaya bila dengar wife cakap mcm tu selepas melahirkan anak kedua kami. Dah lama merancang nak pergi umrah, tapi tak sangka wife bersemangat sekali untuk menjadi tetamu Allah.

Sebelum ni hanya menghantar ahli keluarga sahabar handai di airport untuk menjadi tetamuNya, Kali ni insya Allah aku & wife pulak akan dihantar.

Setelah berbincang2 untuk setkan tarikh dan agensi mana yg nak ambil, maka awal bulan 2 merupakan tarikh yg sesuai.

Oleh kerana kesibukkan kerja, kami hanya sempat berkursus 2 kali sahaja. Alhamdulillah ditambah dengan pembacaan buku dan rujukan org2 yg dah pergi dulu, rasa tak sabar untuk ke hari berangkat. Nak kongsi satu perkara, time kursus ni, tanyalah segala jenis soalan, terutama kaum hawa. Kalau yg mono tu kurang sikit isunya. Haidnya, keputihannya dan lain2, tanyalah hingga jelas. Kalau malu boleh tanya secara personal. Tak kirala yg bg ceramah tu ustaz atau uztazah. Nak pergi jauh ni, baik tahu daripda buat2 tahu.

Hampir dengan tarikh berlepas, semua dokumentasi telah diuruskan. Seminggu sebelum berangkat, kami ke satu kedai menjual barangan keperluan umrah/haji di Seremban 2. Kedai ni ada dkt S2 Mall. Yg best pasal kedai ni, dia jenis jujur. Tokey kedai ni, Abg Jai, akan terangkan apa yg perlu, apa yg tak perlu di bawa. Awas!! Kalau nk beli lebih2, dia mmg tak bagi sebab takut membazir dan menyusahkan jemaah. Mula2 pelik gak cara dia berniaga. Ye la kita nk beli barang, tapi kalau nk beli lebih dia taknak jual. Apa pun layanan dan panduan serta tips yg dia amat berguna. Nama kedai xleh letak la sebab x bayar royalti.He he he.

Tup-tap-tup-tap 5 Feb 2014 menjelang jugak lepas Zuhur, BIL tlg hantarkan ke KLIA. Jemaah kena berkumpul jam 3 ptg. Flight pukul 6.50ptg.

Di kawasan berkumpul, tu dia ramainya umat Nabi Muhammad (saw) yg bakal menjadi tetamuNya, Setel amik passport, boarding pass & luggage terus cari port makan sambil tunggu untuk check in.

Lastly, sampai masa untuk berangkat. Terima kasih kt Osman, Abg Kyoi, Kak Ju kerana sabggup turun untuk menghantar kami. Tak lupa buat Hisyam n Aqilah kerana sanggup datang dari Damansara dlm masa 30 minit. Rasa terharu, sedih dan berdebar.

Masuk aerotrain ke Departure Building, dh nampak 747-400. Turun dr aerotrain, cari toilet n surau, boleh tahan sesat jugak, pastu terus boarding. Since ianya chartered flight, krew dia org Indonesia bapak2 ibu2. Tepat 6.50ptg, tayar terakhir pesawat meniggalkan bumi Malaysia. 8 jam lagi akan sampai di Madinah.

Sambung Pt2 nnt: