Friday, January 17, 2014

PENGALAMAN BERSALIN ADAM HARITH BIN HAFIEZF IZZUDDIN 4

sambung story mory...

semasa dalam labour room aku tgk dah pukul 2 petang...masa ni nurse buat ctg dan aku diberitahu doc yg akan buat epidural prosedur ada hal kat cyberjaya...pukul 5 baru dia sampai...lagi 2 jam aku duk menunggu..bayangkan kebosanan tahap apa...suami aku pula dah pegi balik ke sony...ada keje yang perlu disetelkan...

pukul 5 doc pun masuk dan cucuk epidural kat tulang belakang...masa ni rasa sakit sikit...kaki terasa kebas tapi tidak sepenuhnya...aku pelik...aku masih boleh rasa kaki aku...tapi aku diamkan saja...masa ni juga doc pasang ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran...dan juga doc pelatih psikologi pun ada jugak masuk...semasa bersalinkan haikal dulu takde pulak...dia bagi kata2 semangat dan berborak2 sikit...masa ni hubby pun masuk...

pukul 5.30 aku dah rasa sakit...tapi tak kerap...awal pulak rasa sakit...pukul 6 semakin kerap...kemuncak rasa sakit pukul 6.30 petang...masa ni aku dah tak tahan...aku beritahu hubby aku rasa sakit...dia semacam pelik sebab dah cucuk epidural takkan rasa sakit lagi...semasa bersalinkan haikal dulu xrasa sakit langsung...terus hubby panggil nurse...

nurse pun pelik...tengok ubat epidural masih ada...terus dia panggil doc anaestetic...doc pun pelik...aku lagi la pelik...doc kata nak cucuk lagi sekali...berkesan ke hati ku tertanya...takpe la...kemudian dia tanya lagi kaki rasa kebas tak? aku rasa kebas tapi masih lagi sakit...kemudian doc fatimah masuk dan bukaan dah 5 cm...dok pecahkan air ketuban...dia kata nak balik solat maghrib dan akan datang semula lepas maghrib...doc jangkakan aku bersalin pukul 8 mlm...tapi pukul 7 aku dah rasa sakit yang memang tak boleh digambarkan...aku pegang besi dan pusing ke kiri dan ke kanan...aku xjerit...aku just mmmmmmmmmmmmmmmmm.....bergegar jugak la besi tu....huhuhu...masa ni aku dah suruh hubby aku pegi tempat lain sebab dia duk nak pegang aku...xselesa betul la...

pandangan aku kabur dan berbalam-balam...memang tak ingat apa la...masa tu aku rasa aku nak mati ke? tapi aku sempat lihat hubby aku kat tepi pintu toilet sambil kesat air mata kot...masa ni nurse check bukaan aku dah 10cm...terus nurse call doc fatimah...dan aku dah rasa ada benda nak keluar...tapi nurse tak bagi...dia tahan...aku hanya dapat bertahan saja...magiknya aku xmenjerit langsung...air mata pun xkeluar...aku hanya bertahan selagi boleh...kemudian azan maghrib berkumandang...kemudian doc khamsiah masuk...sebab doc fatimah xsempat nak patah balik...bila doc terus duduk saja aku pun terus push...just on time doc pakai sarung tangan dan sempat gunting sikit...hehehe...

masa tu dah pukul 7.34 mlm tapi baby tak besar pun...hanya 2.05 kg saja...kira premature juga...hubby xsempat nak ambil video...mungkin dia pun xsangka macam tu sekali nak bersalin sampai tak sempat nak keluarkan hp...selamat dia xamik video...xnak aku tengok video aku sendiri...bile doc ucapkan Assalamualaikum dan letak atas dada aku...aku menangis...baru la nak menangis..sebab terharu sangat2...tak sangka aku rasa jugak sakit bersalin walaupun amik epidural...tapi aku xsalahkan doc...mungkin itu bahagian aku...janji aku dan anak selamat...

macam biasa bau baby memang sangat wangi...kemudian adam harith di bawa keluar dan doc pun buat jahitan dia...masa dia dok menjahit dia cakap hubby awak lembut hati eh...aku hanya gelak saje...oh hubby aku berjaya guntingkan sendiri uri anak kami...sambil2 dok nangis tu doc kham suruh jugak dia gunting sendiri...kalau adam haikal dulu xberani...selesai semuanya doc dan nurse cium kat dahi aku bergilir2...terharu pulak rasanya..very good team...lepas aku bersalin banyak pulak kes dorang...ada yang kena dilarikan ke hospital serdang la...blue kod la...entah aku xfaham...tp memang menakutkan pulak masing2 duk berkejar...nurse memang nampak kepenatan...mulia sungguh tugas mereka...

kos rawatan untuk 2 hari 1 malam rm2800.....tapi lepas tu aku kena warded balik sebab adam harith kena kuning...kesian dia...

oleh kerana pengalaman bersalin ini jugalah aku tetiba decide nak menunaikan umrah...kalau Haji memang susah la sebab kena tunggu giliran...dengan izin Allah...kerana macam mana kita plan pun...plan Allah yang terbaik...sekiranya DIA menjemput kita...sampailah kesana...semasa pantang aku suarakan pada hubby...dia memang la setuju sebab semenjak kahwin memang dia selalu ajak untuk kesana..cuma aku yang belum bersedia...selalu aku tanya balik..."untuk apa kesana"..."am xrasa nak pegi sana"...."am xbersedia lagi"...dan macam2 la alasan...terdiam la hubby aku....kali ni aku pulak yang ajak dia...1st time tu...entah la...pengalaman mengandung dan bersalin kali ni memang berbeza...menunjukkan Kekuasaan Allah...tiada siapa dapat menghalang...dan nyawa kita bukanlah susah sangat untuk di tarik...sekian...

p/s: harap dapat menunaikan Haji dalam tempah 10 tahun ini...Amiiiinnnnnn....


Thursday, January 16, 2014

5 Cara Untuk Jimat Penggunaan Minyak Kereta Anda

Tahun 2014 tidak seindah daripada yang diimpikan dengan segala bagai kenaikkan harga barang. Ini diikuti dengan kenaikkan angin para pengguna yang secara langsung terasa olehnya.

Minyak RON95 naik 20 posen. Nk boikot, takkan nak isi kereta dengan air paip. Hybrid? Tengok rega kete hybrid rasa boleh cirit kat situ jugak.

Lepas dok kaji punya kaji, last terjumpala cara2 nak jimat petrol. Ada 5 cara:

1. Sentiasa basuh kereta dan wax selalu. Kajian saintifik menunjukkan ia dapat menambahkan lagi tahap aerodinamik kereta anda.
Kajian sains-itik menunjukkan sekiranya telah dibasuh dan di wax sampai berkilat bagai, kereta itu tidak akan bergerak hari itu atas alasan takut kotor kembali. Sah ianya dapat menjimatkan minyak.
Namun ianya terpakai di negeri yang airnya percuma.


2. Perlahankan radio anda ketika memandu. Mengikut pakar psikologi, semakin kuat radio berdentum semakin alpa dan hanyut ketika anda memandu. Ini menyebabkan anda tidak 'sedar' anda terbawak laju.

Setelah diamati, teori ini ada kebenarannya secara 50 peratus. Apa??!Tak boleh terima 50% kebenaran, yang 47% peratus tu ok je terima. Ok balik ke tajuk asal. Semakin kuat radio anda semakin tak dengar la bunyi enjin kereta anda. Maka untuk periksa, terpaksalah anda menekan minyak untuk mendengar enjin kereta anda ok atau tidak. Maka secara otomatik kereta anda bertambah laju.




3. Jangan buka timgkap kereta anda. Cara ini hanya berguna kalau anda memandu dengan kelajuan melebihi 137km/j. Bawah pada tu langsung takde kesan. Apabila tingkap di buka, ianya secara langsung menyebabkan tahap geseran udara meningkat dan ini menjadikan kereta anda 'berat'. Ia juga mengubah profil aerodinamik kereta anda, contoh kereta Wira SE, bila buka tingkap pada 137km/j akan terasa macam bawa Kancil 660. Kena tekan lagi la untuk dapat power.


4. Jangan buka Air-Con kereta anda. Aircon menggunakan sehingga 30% petrol anda untuk menyejukkan suasana dalam kereta anda.

Ujian dijalankan dengan 2 buah kereta yang sama. Kedua-dua kereta diisi dengan 50 liter petrol ( dlm RM100++). Salah satu kereta air-con terus dimatikan, takut driver main tipu. Selesai ujian, kereta yang guna aircon dapat jarak 439km, manakala yg tak guna air-con dapat jarak 556km. Untuk mengatasi kepanasan dalam kereta, dicadangkan untuk membawa kipas mini, yg pakai bateri pun boleh atau lebih elok pakai solar.


5. Last sekali, cara paling jimat adalah dengan meminta kenderaan lain menunda kereta anda. Anda jimat minyak, tayar tak haus, brake pad tak terusik, mcm2 lagi la. Yg penting anda samapai di destinasi

PENGALAMAN BERSALIN ADAM HARITH BIN HAFIEZF IZZUDDIN 3

sambungan...

Aku hanya sempat berjumpa dgn Dr Wan hanya 3 kali saja...pertama sebab hubby dan aku tak selesa dengan doktor lelaki....dah la FPP (Full Payment Patient)...layanan stafnya juga tidak memuaskan...sebelum ni aku bertugas di Merlimau pun aku sanggup ulang alik dari Merlimau ke Bangi dan Ampang untuk bertemu Dr Fatimah dan Dr Ariza...sebab mereka perempuan dan sangat2 berpengalaman...oleh kerana ingin doktor perempuan juga aku tak kisah ulang alik dari seremban 2 ke Bangi setiap bulan dan bersalin di sana...hey duit masing2 kan...hubby dan aku sangat2 mementingkan doktor perempuan...

Oleh kerana itu hanya 3 kali saja aku pergi...sebab yang lain aku dah bosan dengan hanya check jantung baby saja...walaupun aku tahu itu adalah prosedur...pada minggu ke 35 aku dah tak pegi check up lagi...aku hanya berdoa dan memujuk baby untuk tidak keluar awal dan still hang on kat dalam perut...masa ni memang aku bertawakal saja...korang jangan ikut macam aku...hehehe...

Sehingga la minggu ke 36 aku pergi check up kat annur...doktor kata air ketuban baby memang sikit...jadi terus decide untuk bersalin hari tu juga...doktor check bukaan ku...kali ni tak sakit sangat...mungkin aku dah ready sebab dah ada pengalaman sebelum ni...dan dah terbuka 2cm...patut la aku rasa dah start rengat2...kali ni hubby dah bersedia lebih awal...barang2 baby dan aku semua dah ada dalam kereta...huhuhu...

Kami pun pergi ke Hospital Annur sebelah klinik O&G...masa tu baru pukul 10 pagi...aku cakap pada hubby mungkin malam aku bersalin...macam haikal dulu...bile receptionist inform bilik single masih belum ada kekosongan dan kena tunggu hingga pukul 12 tengahari, kami decide untuk pergi sarapan...masa ni la aku balun ais...last sebelum berpantang...hehehe...

Selepas dapat bilik, aku pun menunggu macam biasa....nurse datang buat ctg dan masukkan ubat untuk membuang...masa ni aku tengok ada pendarahan sikit...aku dah cuak...terus panggil nurse...dan nurse pun bawa aku ke bilik bersalin...

nanti aku sambung cerita pasal bersalin pula...




Tuesday, January 14, 2014

PENGALAMAN BERSALIN ADAM HARITH BIN HAFIEZF IZZUDDIN 2

Salam sayang semua...hah macam biasa la...nak sambung story...story ini untuk aku jugak sebenarnya...supaya aku tak terlupa setiap detik semasa mengandungkan dan melahirkan adam harith...

Selepas dapat tahu aku pregnant lagi...bermula la muntah2 dan mabuk2 yang sangat dashyat...sampai aku ambil unpaid leave sebulan...mula2 nak mintak sampai aku bersalin...tapi atas sebab2 tertentu hanya dapat sebulan saja...aku pergi kerja hanya nak siapkan kerja dan sangat berharap cepat la pukul 5...sampaikan banyak kali berhenti tepi jalan untuk muntah sahaja...masa ni juga aku sangat2 terganggu...emosi dan mental...orang yang tidak hadapi memang tidak akan faham...dengan tak boleh makan...tiada tenaga...aku susut sampai 15 kg...tapi macam biasa...doc Fatimah memang tahu dan tidak cakap apa2...

Masalah hadir apabila masuk bulan ke 6 sehingga saat melahirkan...masalah pertama air ketuban ku hanya cukup2 saja...menambahkan emosi ku yang tidak stabil...kerana doc akan meminta aku melahirkan adam harith awal sekiranya air ketuban masih sama...oleh itu semasa bulan ke 7 aku mengambil injection untuk kuat kan paru2 adam harith...injection ini sakit ok...memang terasa sampai ke tulang...huwaaaa....

Masalah ke 2 apabila aku hadapi kencing manis, kencing kotor dan kencing berdarah...ok...complete set...ngeri bila fikirkan balik...bila 32 minggu, oleh kerana air ketuban ku semakin berkurangan....terus doktor fatimah buat refer letter ke hospital putrajaya...kerana hospital annur tidak mengambil kes kelahiran sebelum 36 minggu kerana tidak disediakan inkubator...dr fatimah telah memilih ketua O&G di situ iaitu dr wan....setelah memeriksa perut aku, dr wan kata kandungan still boleh bertahan lagi...tp setiap minggu kena pergi follow up....dan sekiranya baby kurang bergerak cepat2 ke hospital...memang cuti aku byk habis waktu ni...

To be continue....