Sunday, November 15, 2015

From Dungun to Melaka - Ep1

7-11.. family aku buat first family holiday sejak kitaorang anak beranak dah keje dan dah ada famili.Sebelum tu, banyak la jugak tempat2 lain yg diusha, tapi atas faktor kilometer dan masa, Melaka la jawapannya.

Tempat di Melaka ialah Bayou Lagoon Park Resort dekat Bukit Katil. Jom tengok skit camner rupa Bayou Lagoon Park Resort.

 Kat sini ada dua jnis apartment, Amari Villa & Tahiti Villa.Kitaorang amik apartment 3 bilik 2 unit. satu famili dalam RM280 termasuk sarapan. OK la kan?Ops..lupalak.. tu untuk 3D2N stay.

Check in hari Sabtu jam 3 petang. Yang tak best kat sini sebab parking depan apartment memang terhad. Kena plak masa tengah peak, mmg makan masa la jawabnya. 
Tip : Kawtim dgn resort utk checkin awal


Setel checkin dan punggah barang dan parking dekat hujung resort, jom tgk bilik kitaorang. 

Depan lobi
Kitaorang amik 2 unit apartment 3 bilik. Unit ni ada 1 masterbedroom & 2 guest room. Ruang tamu agak luas.In total, unit ni blh tampung sampai 8-10 org. Yg tu pandai2 la susun ye.

Master Bedroom
Twin sharing bedroom
Bilik air complete dengan water heater. Namun xde bathtub or jacuzzi. Ikut nasib la kalau ada yg dapat.

Satu benda yg xblh buat kt sini ialah masak. Dapur mmg xde. kalau memasak akan didenda RM200. Hmm. rasenya yg tu kalau menggoreng sampai trigger smoke alarm. Setakat masak nasi ok je, Tarik je extension cord and masak dekat kawasan balconi.

Kitchen utensil xde, so bawakla pinggang mangkuk cawan kertas/plastik.

WIFI? Jgn gembira sangat walaupun ada signal, xleh harap langsung. Mmg dia suh kita bercuti tanpa gangguan teknologi.

TV ada Astro dengan limited channel. Nak angkut sendiri, tak payah sebab mmg x dapat. Dah try.

OK dah abis check in, dah check bilik, apa lagi lapar la.

Jalan jem sebab kedai makan? Apa yang best sangat? Tunggu next entry.

Thursday, October 29, 2015

GENAP SEBULAN...PEMERGIAN ABAH part 1

Assalamualaikum...

Genap sebulan Abah pergi...masih aku ingat lagi senyuman abah...tawa abah....sambut aku setiap kali aku balik Tampin..

Abah kena strok dah lama...seingat aku sejak aku berumur 16thn...tapi abah masih boleh uruskan diri sendiri...sehingga la keadaan abah makin uzur pada Raya Haji yang lalu...abah tidak lagi tersenyum..hanya pandangan yang tidak bermaya...nak salam pun abah tak larat nak bagi tangan dia...hati aku rasa tak sedap...tak pernah abah macam ni...biasa dia akan sebut nama aku..nama anak2 aku...

Perasaan aku...aku nyatakan pada Abg Kyoi..dia hanya menjawab....sampai lama mana kita nak hidup..100thn? 1000thn? 

Sehingga pagi Selasa aku dapat panggilan kira2 pukul 5.25AM...aku yang sedang tidur terus terjaga dan melihat HOME pada skrin telefon...aku dapat mengagak berita sedih yang akan aku terima..sangat sedih...Siti adik ipar ku cakap..."abah dah takde...mak suruh balik cepat"...aku terus menangis...kemudian mak menyabarkan aku melalui telefon...lepas aku bercakap dengan mak...hubby aku terus memeluk aku..aku terus suruh dia bersiap dan kemas barang2...adams dihantar dulu ke rumah ibu pengasuh dan hubby aku akan ambil balik tengahari...dan aku lihat ada TELEGRAM yang dihantar oleh osman pukul 5.15 pagi...cakap abah takde...cepat balik...

Perjalanan balik ke rumah Tampin sangat menyesakkan dada...aku berharap cepat sampai ke rumah...sampai saja ke rumah aku terus berjumpa mak dan masuk ke bilik abah...mak berpesan jangan nangis dan redha sahaja...abah dah macam tu lama...mak sangat tabah..."Assalamualaikum Abah"..aku masih ingat abah seakan senyum kepada aku...lantas aku kucup tangan abah dan pipi abah perlahan2...aku mohon maaf pada abah...lama aku pandang wajah abah...kaki, tangan dan muka abah sejuk...

Terus aku dan hubby membaca Yasin untuk abah dan selepas itu uruskan rumah untuk pengurusan jenazah...aku hanya memerhati orang yang datang...terima kasih sangat2 pada mereka semua...nanti aku sambung lagi...

Friday, May 23, 2014

KUCHING, SARAWAK PART 2 (2/5/2014)

Hari ke 2 tak tahu nak pegi mana sebab hari jumaat...pikir husband nak solat jumaat lagi...makanya kitaorang decide nak jalan2 dalam town je...so breakfast memang dah decide dekat kopi o corner...lupa pulak nak amik gambar...oh time ni dah pukul 10 AM...biasa la ada anak2 ni lambat sikit nak gerak..kat sini pukul 6 lebih dah terang...subuh pun awal...ni gambar anak2 aku taknak bangun tido...geram betul...



tu yang sampai pukul 10 baru nak gerak...lupa pulak nak snap pic masa kat kopi o corner...actually ada 2 kopi o corner kat kuching ni yang aku jumpa la...yang aku pegi kat sebelah nasi ayam penyet ria...tapi kedai ayam penyet ria tu tak bukak pulak...kat sini kitaorg makan nasi ayam, mee kolok dengan laksa sarawak...paling sedap bagi aku nasi ayam dengan mee kolok dia...marvelous...pun lupa snap gambar...nak sampai sini sampai kitaorg pusing 3x...sebab waze untuk jalan2 kecik ni dia tak brape accurate...tu yang asyik terlajak je...

Kemudian kitaorang menuju ke muzium kucing pulak...muzium ni tak ramai orang yang pergi...sebab hari bekerja kot..view dari atas sangat cantik...tapi dah tengahari memang panas kaw2...ni gambar yang sempat kitaorg snap..

ni luar dari muzium kucing atau cat museum tu...




yang ni pulak depan cat museum...kalau masuk free je..tapi kat dalam kalau nak amik pic kena bayar rm3 pakai hp...kalau kamera digital rm4...dalam ni cakap pasal kucing je...sapa pencinta kucing boleh la datang sini...





adoi la hubby aku sengal...ok yang ni permandangan dari atas...kalau senja cantik kot..


ada nampak satu gunung yang paling tinggi...itu santubong ke? entah la...malas nak google...

lepas tu tengahari dah nak masuk solat jumaat tu kitaorg singgah ke masjid petrajaya...husband cakap cantik masjid dia kat bahagian dalam...disebabkan dah ramai orang takkan la nak snap gambar kan...so aku dengan harith snap dalam kereta je...haikal biasa la tidur kat belakang..


lepas tu kitaorang pergi ke kubah ria...disebabkan masih kenyang melantak breakfsat tadi kitaorang tak pegi lunch mana2....kubah ria ni takde apa sangat...banyak kedai yang tutup...cuma sebelah kubah ria ada pasar tani..,kalau nak beli terubuk ikan masin boleh la beli kat sini...tapi kitaorg tak masuk pun...kitaorg pergi shopping kat depan dia tu...masa ni dah petang...tetiba perut rasa lapar...try makan waffle...waffle kat sini sedap...rangup2 gitu...boleh la try...rugi pulak tak beli banyak...

lepas tu kitaorg pusing2 town...carik monumen kucing tu...tak jumpa pulak..last2 balik hotel je la...malam husband tapaukan dinner kat topspot lagi...aku memang dah malas nak keluar..penat wei dengan anak2 lagi...so aku tertido sampai hubby balik...yang geramnya tak sedap...aku lupa suruh dia pegi beli kat no 25 lagi...dia pegi kedai lain...kecewa aku dengan ketam berlada dia yang nan hado ladanya...macam masak kicap je...ada ke ketam masak kicap...serius kecewa giler...tapi makan je la..nak wat camne kan...huwaaaa....

sambung part 3 pulak...

Saturday, May 17, 2014

KUCHING, SARAWAK PART 1 (1/5/2014)

Salam semua...kali ni aku nak cerita pasal pengalaman bercuti ke Kuching, Sarawak..satu-satunya negeri dalam Malaysia yang tak pernah aku jejak...Maka untuk memenuhkan impian aku untuk menjejaki semua negeri dalam Malaysia, maka aku pun booking tiket flight dan hotel ke Kuching sempena harijadi hubby...sementelah hubby pun tak pernah sampai ke Sarawak...orang kata overseas boleh pergi tapi dalam Malaysia pun tak habis pusing lagi...

Kami menaiki dan tinggalkan kereta di KLIA...mudah untuk kami yang ada anak2 kecik ni...flight lebih kurang pukul 3.15pm dan tempoh perjalanan adalah 1 jam 45 minit...sampai saja di sana kami menunggu kawan untuk mngambil kereta sewa...kereta sewa ni aku booking dengan lecturer poli kuching...senang...myvi sehari RM110...tak tahu la mahal ke murah...janji ada kereta...dan kereta ni nampaknya baru lagi...

Setelah mengambil kereta kami menuju ke Hotel Harbour View...hotel ni memang highly recomended pada sesiapa yang nak pegi ke Kuching..sebab dia berdekatan dengan tourist spot...bilik aku booking melalui agoda pun tak mengecewakan...besar dan siap ada bath tub...memang anak2 aku kejenye berendam je la...sampai balik dua2 demam..hehehee...

Ini pemandangan dari tingkap hotel...maaf gambar tak berapa clear...



Berhadapan dengan bilik kami ialah waterfront...dan sungai kuching...kalau nak beli kek lapis pun boleh amik sampan pegi ke seberang...memang best...

Malam kami makan di Topspot...tempat makan ni memang famous...ingatkan dekat sebab tanya pada receptionist boleh jalan kaki...kami pun berjalan mengikut arah yang di beri...just amik sebelah kanan dari hotel dan naik dan turun bukit sedikit sampai la ke Topspot...jaraknya dalam 400m...tapi dengan aku yang mendukung Harith...Haikal pun nak berdukung jugak memang berpeluh2 la...kami tak bawak stroller sebab tinggalkan dalam kereta...

Aku dan hubby decide lepas ni kalau pergi kena bawak kereta...huh memang terasa la macam mendaki gunung lagak penatnya....memang tobat nak buat lagi...tapi sapa2 yang takde anak2 kecik ni boleh je jalan kaki...ada je yang jalan kaki malam2...tak payah risau...kalau sesat boleh tanya pada orang...orang2 Kuching memang ramah dan tak sombong...

Kat Topspot ni aku suggest pergi ke kedai no 25...memang sedap...hari pertama kami order tomyam seafood, lobster masak merah, sayur kailan ikan masin dan butter prawn macam gambar kat bawah ni.


Anak2 dah tido kepenatan...sape nak makan banyak2 ni...last2 kami mintak bungkus bawak makan kat hotel...nak balik hotel tak mencabar macam masa nak pergi...makanan kat sini murah je...lobster tu 800g rm60 siap masak...campur semua dengan air tembikai 1 jug baru RM150...murah kan...dengan air pun kami tapau jugak...sebab kedai kat sana biasa diaorag order pakai jug...maka tercapai la aku nak makan lobster tahun ni...heheheh...

Bersambung part 2

Thursday, March 13, 2014

Kembara Orang Berdosa Pt2 : Madinah Al-Munawarah

Perjalanan selama 8 jam tidak dirasai sangat sebab perjalanan waktu malam. Tiba di Madinah jam 10.30 malam waktu madinah (3.30 pg waktu Malaysia). Urusan kastam lancar. Satu perkara disini, adalah  dinasihatkan jika porter telah loading bagasi anda ke atas trolley, anda boleh unloading balik. Sebabnya, akan ada upahnya nanti. Ada 30 rial, ada 50 rial. Bukan bermaksud kedekut, tapi untuk jarak sejauh tak sampai 100m untuk tarik beg beroda, lebih elok anda sendiri yg buat.

Sampai di hotel dalam pukul 2 pagi. Ambil makanan dan kunci bilik. Setelah naik ke bilik, mula2 sangka salah bilik ni. Tapi bila check balik mmg sah bilik yg betul. Bilik di private floor, suite 3 bilik. Alhamdulillah. Dapat plak neighbour yg kenal kat TH Kelana Jaya.
Jam 3 pagi baru habis setel semua. Mandi, solat jamak, unpacking brg2 perlu. Pastu tido la, pukul 4 nak kena bangun bersiap. Subuh dalam pukul  5.30. Pukul 4.00 dah agak ramai dalam ruang solat Masjid Nabawi.
Di depan Hotel di Madinah
Pandangan dari tingkat 14 bilik hotel
Rasa mcm tido dlm 5 minit, alarm S3 dah bunyi. Masa untuk mandi dan bersiap.Trr!!Sejuk..Walaupun dah kena siram dengan air panas & pakai sweater, masih sejuk kat luar masjid. Cukup menarik apabila payung mula dibuka.
Selepas Solat Subuh
Payung yg telah buka sepenuhnya
Selesai solat Subuh, tak lama selepas tu, imam umum untuk solat jenazah. 

Bayangkan jemaah yg hampir satu Masjid Nabawi solat jenazah.

Selesai semua,di perkarangan masjid penuh dengan puluhan ribu jemaah yg solat di luar. Kesejukkan tak menjadi penghalang. Pengalaman yg amat bermakna solat di Masjid Nabawi.

Semasa menuju balik ke hotel, terdengar sayup2 “Malaysia Bagus”, “Malaysia Boleh”. Rupanya peniaga jalanan sudah mula “berperang”. Boleh dikatakan hampir semua peniaga kat sini boleh bercakap Melayu sikit2. Barang yg dijual dari baju hingga ke hati unta pun ada. Murah, boleh naik syeh kalau lama2. Kan takut lari niat asal ke Madinah.

Balik hotel, breakfast. Pagi2 dh tala nasi lauk daging & kambing. Xder istilah diet dah. Makanan ala buffet bertemakan Malaysia campur sikit2 Arab. Nasi ada beras biasa, ada beras basmathi. Amik beras basmathi , pastu jap lagi bersandar.

Program pertama untuk hari ni adalah ziarah dalam kawasan Majid Nabawi. Tempat pertama dalam program ziarah adalah Raudah. Raudah adalah satu tempat khas di dalam Masjid Nabawi. Ia terletak di antara makam Nabi Muhammad (saw) dan mimbar tempat baginda berkhutbah.
Ianya adalah satu tempat yang mustajab doa.  Nak masuk Raudah ni ada peraturannya, jemaah lelaki tak bercampur dengan jemaah perempuan. Hanya untuk jemaah perempuan, waktu lawatan adalah terhad.  Selepas solat subuh dan makan, kami para jemaah berkumpul di lobi hotel untuk ke Raudah. Jemaah perempuan ikut ustazah, yang lelaki ikut ustaz.

Saya yg secara tiba-tiba ingin ke tandas, lalu tanya ustaz ramai lagi yang tak turun. Jawab ustaz ada lagi. Jadi saya bajet sempatla nak ke tandas. Selesai urusan tandas, terus ke lobi. Kat lobi dah kosong, rupanya depa dah gerak masa saya ke toilet.

Habis, kepala dah mula pusing, mana nak cari Raudah ni, Masjid Nabawi tu luas. Pertama kali lak sampai di Masjid Nabawi, cuak jugak. Saya terus istighfar dan berdoa dalam hati agar dipermudahkan urusan. Saya amik keputusan untuk ke sana seorang diri. Sepanjang jalan tak henti2 berdoa pada Allah.

Masuk dalam Masjid Nabawi, kaki saya seolah2 tahu je mana nak pergi. Alhamdulillah sampai jugak di Raudah. Terjumpa dengan mutawif muda Tabung Haji. Beliau adalah pelajar di Jordan. Jadi, saya ikut dia memandangkan dia boleh berbahasa arab. Sampai di kawasan Raudah, penuh dengan jemaah yg sedang beribadat di dalam, yang menunggu giliran nak masuk. Saya dan mutawif tadi amik keputusan untuk solat sunat tahiyatul masjid di kawasan berhampiran Raudah. 
Dalam Masjid Nabawi untuk jemaah wanita

Masjid Nabawi



Sekitar Raudah & Makam Nabi

Dalam Raudah untuk jemaah lelaki

Menuju ke Makam Nabi

Selesai solat, saya terus menuju ke arah Pintu Jibril. Tak tergambar perasaan apabila sampai di pintu Makam Nabi, Makam Abu Bakar & Makam Umar. Jujur cakap, memang susah nak gambarkan apabila lalu di hadapan pintu makam. Mengikut ustaz, Nabi Muhammad menjawab salam umatnya. Allahu Akbar.

Setelah keluar dari masjid, kami berdua terus ke Perkuburan Baqi. Di sini letaknya para sahabat nabi, para isteri nabi dan para syuhada.  Ketika saya sampai, pintu perkuburan masih belum di buka. Jam dah menunjukkan jam 10pg. Saya amik keputusan untuk ke hotel dulu.

Sampai di hotel, terus singgah ke kedai Bin Dawood. Saja pusing2 tgk apa yg ada. Banyak jugak barang yg murah.Maggi cup pun ada. Air Barbican hanya SAR2 (RM2 je). Beli satu jenis roti, brand 7Days. Roti ni asalnya croissant, tapi ada inti kat dalam. Ada cokelat, ada strawberi. 

Naik ke bilik jap dan cuba berhubung dengan wife dengan Whatsapp (guna WIFI hotel). Wife inform kat Raudah penuh, tapi nak cuba masuk jugak. Saya terus bagi galakan dan kata semangat.  Selepas berehat sekejap, wife saya bagitau dia dah selesai di Raudah. Sampai kat bilik wife cerita dia dapat solat sunat depan tiang. Lepas solat baru mutawif perempuan bagi tau yg itu adalah tiang taubat. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan urusan wife saya. Kami berehat seketika. Jam 12.30pm sudah masuk waktu Zuhur. Kami biasa akan turun dalam pukul 11.45am. 

Bersambung...

Thursday, March 6, 2014

Kembara Orang Berdosa Pt1 : Satu Permulaan

Assalamualaikum... dah lama nk tulis (taip) pasal umrah hr tu.. tp bila masuk opis, tinggal kerja 2 minggu je, tp kerja yg nk kena setel mcm 2 bulan cuti...

Kebetulan terjaga, maka sempatlah taip skit2...

Alkisahnya:

Bang, kita pergi umrah nak? Bagai mcm x percaya bila dengar wife cakap mcm tu selepas melahirkan anak kedua kami. Dah lama merancang nak pergi umrah, tapi tak sangka wife bersemangat sekali untuk menjadi tetamu Allah.

Sebelum ni hanya menghantar ahli keluarga sahabar handai di airport untuk menjadi tetamuNya, Kali ni insya Allah aku & wife pulak akan dihantar.

Setelah berbincang2 untuk setkan tarikh dan agensi mana yg nak ambil, maka awal bulan 2 merupakan tarikh yg sesuai.

Oleh kerana kesibukkan kerja, kami hanya sempat berkursus 2 kali sahaja. Alhamdulillah ditambah dengan pembacaan buku dan rujukan org2 yg dah pergi dulu, rasa tak sabar untuk ke hari berangkat. Nak kongsi satu perkara, time kursus ni, tanyalah segala jenis soalan, terutama kaum hawa. Kalau yg mono tu kurang sikit isunya. Haidnya, keputihannya dan lain2, tanyalah hingga jelas. Kalau malu boleh tanya secara personal. Tak kirala yg bg ceramah tu ustaz atau uztazah. Nak pergi jauh ni, baik tahu daripda buat2 tahu.

Hampir dengan tarikh berlepas, semua dokumentasi telah diuruskan. Seminggu sebelum berangkat, kami ke satu kedai menjual barangan keperluan umrah/haji di Seremban 2. Kedai ni ada dkt S2 Mall. Yg best pasal kedai ni, dia jenis jujur. Tokey kedai ni, Abg Jai, akan terangkan apa yg perlu, apa yg tak perlu di bawa. Awas!! Kalau nk beli lebih2, dia mmg tak bagi sebab takut membazir dan menyusahkan jemaah. Mula2 pelik gak cara dia berniaga. Ye la kita nk beli barang, tapi kalau nk beli lebih dia taknak jual. Apa pun layanan dan panduan serta tips yg dia amat berguna. Nama kedai xleh letak la sebab x bayar royalti.He he he.

Tup-tap-tup-tap 5 Feb 2014 menjelang jugak lepas Zuhur, BIL tlg hantarkan ke KLIA. Jemaah kena berkumpul jam 3 ptg. Flight pukul 6.50ptg.

Di kawasan berkumpul, tu dia ramainya umat Nabi Muhammad (saw) yg bakal menjadi tetamuNya, Setel amik passport, boarding pass & luggage terus cari port makan sambil tunggu untuk check in.

Lastly, sampai masa untuk berangkat. Terima kasih kt Osman, Abg Kyoi, Kak Ju kerana sabggup turun untuk menghantar kami. Tak lupa buat Hisyam n Aqilah kerana sanggup datang dari Damansara dlm masa 30 minit. Rasa terharu, sedih dan berdebar.

Masuk aerotrain ke Departure Building, dh nampak 747-400. Turun dr aerotrain, cari toilet n surau, boleh tahan sesat jugak, pastu terus boarding. Since ianya chartered flight, krew dia org Indonesia bapak2 ibu2. Tepat 6.50ptg, tayar terakhir pesawat meniggalkan bumi Malaysia. 8 jam lagi akan sampai di Madinah.

Sambung Pt2 nnt:



Friday, January 17, 2014

PENGALAMAN BERSALIN ADAM HARITH BIN HAFIEZF IZZUDDIN 4

sambung story mory...

semasa dalam labour room aku tgk dah pukul 2 petang...masa ni nurse buat ctg dan aku diberitahu doc yg akan buat epidural prosedur ada hal kat cyberjaya...pukul 5 baru dia sampai...lagi 2 jam aku duk menunggu..bayangkan kebosanan tahap apa...suami aku pula dah pegi balik ke sony...ada keje yang perlu disetelkan...

pukul 5 doc pun masuk dan cucuk epidural kat tulang belakang...masa ni rasa sakit sikit...kaki terasa kebas tapi tidak sepenuhnya...aku pelik...aku masih boleh rasa kaki aku...tapi aku diamkan saja...masa ni juga doc pasang ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran...dan juga doc pelatih psikologi pun ada jugak masuk...semasa bersalinkan haikal dulu takde pulak...dia bagi kata2 semangat dan berborak2 sikit...masa ni hubby pun masuk...

pukul 5.30 aku dah rasa sakit...tapi tak kerap...awal pulak rasa sakit...pukul 6 semakin kerap...kemuncak rasa sakit pukul 6.30 petang...masa ni aku dah tak tahan...aku beritahu hubby aku rasa sakit...dia semacam pelik sebab dah cucuk epidural takkan rasa sakit lagi...semasa bersalinkan haikal dulu xrasa sakit langsung...terus hubby panggil nurse...

nurse pun pelik...tengok ubat epidural masih ada...terus dia panggil doc anaestetic...doc pun pelik...aku lagi la pelik...doc kata nak cucuk lagi sekali...berkesan ke hati ku tertanya...takpe la...kemudian dia tanya lagi kaki rasa kebas tak? aku rasa kebas tapi masih lagi sakit...kemudian doc fatimah masuk dan bukaan dah 5 cm...dok pecahkan air ketuban...dia kata nak balik solat maghrib dan akan datang semula lepas maghrib...doc jangkakan aku bersalin pukul 8 mlm...tapi pukul 7 aku dah rasa sakit yang memang tak boleh digambarkan...aku pegang besi dan pusing ke kiri dan ke kanan...aku xjerit...aku just mmmmmmmmmmmmmmmmm.....bergegar jugak la besi tu....huhuhu...masa ni aku dah suruh hubby aku pegi tempat lain sebab dia duk nak pegang aku...xselesa betul la...

pandangan aku kabur dan berbalam-balam...memang tak ingat apa la...masa tu aku rasa aku nak mati ke? tapi aku sempat lihat hubby aku kat tepi pintu toilet sambil kesat air mata kot...masa ni nurse check bukaan aku dah 10cm...terus nurse call doc fatimah...dan aku dah rasa ada benda nak keluar...tapi nurse tak bagi...dia tahan...aku hanya dapat bertahan saja...magiknya aku xmenjerit langsung...air mata pun xkeluar...aku hanya bertahan selagi boleh...kemudian azan maghrib berkumandang...kemudian doc khamsiah masuk...sebab doc fatimah xsempat nak patah balik...bila doc terus duduk saja aku pun terus push...just on time doc pakai sarung tangan dan sempat gunting sikit...hehehe...

masa tu dah pukul 7.34 mlm tapi baby tak besar pun...hanya 2.05 kg saja...kira premature juga...hubby xsempat nak ambil video...mungkin dia pun xsangka macam tu sekali nak bersalin sampai tak sempat nak keluarkan hp...selamat dia xamik video...xnak aku tengok video aku sendiri...bile doc ucapkan Assalamualaikum dan letak atas dada aku...aku menangis...baru la nak menangis..sebab terharu sangat2...tak sangka aku rasa jugak sakit bersalin walaupun amik epidural...tapi aku xsalahkan doc...mungkin itu bahagian aku...janji aku dan anak selamat...

macam biasa bau baby memang sangat wangi...kemudian adam harith di bawa keluar dan doc pun buat jahitan dia...masa dia dok menjahit dia cakap hubby awak lembut hati eh...aku hanya gelak saje...oh hubby aku berjaya guntingkan sendiri uri anak kami...sambil2 dok nangis tu doc kham suruh jugak dia gunting sendiri...kalau adam haikal dulu xberani...selesai semuanya doc dan nurse cium kat dahi aku bergilir2...terharu pulak rasanya..very good team...lepas aku bersalin banyak pulak kes dorang...ada yang kena dilarikan ke hospital serdang la...blue kod la...entah aku xfaham...tp memang menakutkan pulak masing2 duk berkejar...nurse memang nampak kepenatan...mulia sungguh tugas mereka...

kos rawatan untuk 2 hari 1 malam rm2800.....tapi lepas tu aku kena warded balik sebab adam harith kena kuning...kesian dia...

oleh kerana pengalaman bersalin ini jugalah aku tetiba decide nak menunaikan umrah...kalau Haji memang susah la sebab kena tunggu giliran...dengan izin Allah...kerana macam mana kita plan pun...plan Allah yang terbaik...sekiranya DIA menjemput kita...sampailah kesana...semasa pantang aku suarakan pada hubby...dia memang la setuju sebab semenjak kahwin memang dia selalu ajak untuk kesana..cuma aku yang belum bersedia...selalu aku tanya balik..."untuk apa kesana"..."am xrasa nak pegi sana"...."am xbersedia lagi"...dan macam2 la alasan...terdiam la hubby aku....kali ni aku pulak yang ajak dia...1st time tu...entah la...pengalaman mengandung dan bersalin kali ni memang berbeza...menunjukkan Kekuasaan Allah...tiada siapa dapat menghalang...dan nyawa kita bukanlah susah sangat untuk di tarik...sekian...

p/s: harap dapat menunaikan Haji dalam tempah 10 tahun ini...Amiiiinnnnnn....