Sunday, November 15, 2015

From Dungun to Melaka - Ep1

7-11.. family aku buat first family holiday sejak kitaorang anak beranak dah keje dan dah ada famili.Sebelum tu, banyak la jugak tempat2 lain yg diusha, tapi atas faktor kilometer dan masa, Melaka la jawapannya.

Tempat di Melaka ialah Bayou Lagoon Park Resort dekat Bukit Katil. Jom tengok skit camner rupa Bayou Lagoon Park Resort.

 Kat sini ada dua jnis apartment, Amari Villa & Tahiti Villa.Kitaorang amik apartment 3 bilik 2 unit. satu famili dalam RM280 termasuk sarapan. OK la kan?Ops..lupalak.. tu untuk 3D2N stay.

Check in hari Sabtu jam 3 petang. Yang tak best kat sini sebab parking depan apartment memang terhad. Kena plak masa tengah peak, mmg makan masa la jawabnya. 
Tip : Kawtim dgn resort utk checkin awal


Setel checkin dan punggah barang dan parking dekat hujung resort, jom tgk bilik kitaorang. 

Depan lobi
Kitaorang amik 2 unit apartment 3 bilik. Unit ni ada 1 masterbedroom & 2 guest room. Ruang tamu agak luas.In total, unit ni blh tampung sampai 8-10 org. Yg tu pandai2 la susun ye.

Master Bedroom
Twin sharing bedroom
Bilik air complete dengan water heater. Namun xde bathtub or jacuzzi. Ikut nasib la kalau ada yg dapat.

Satu benda yg xblh buat kt sini ialah masak. Dapur mmg xde. kalau memasak akan didenda RM200. Hmm. rasenya yg tu kalau menggoreng sampai trigger smoke alarm. Setakat masak nasi ok je, Tarik je extension cord and masak dekat kawasan balconi.

Kitchen utensil xde, so bawakla pinggang mangkuk cawan kertas/plastik.

WIFI? Jgn gembira sangat walaupun ada signal, xleh harap langsung. Mmg dia suh kita bercuti tanpa gangguan teknologi.

TV ada Astro dengan limited channel. Nak angkut sendiri, tak payah sebab mmg x dapat. Dah try.

OK dah abis check in, dah check bilik, apa lagi lapar la.

Jalan jem sebab kedai makan? Apa yang best sangat? Tunggu next entry.

1 comment:

  1. Casino Hotel, Reno Nevada, USA - MapYRO
    Get directions, reviews and information for 포천 출장안마 Casino Hotel in 군산 출장샵 Reno, NV. 포천 출장안마 Casino Hotel is a fun resort and casino with great 고양 출장마사지 views of Reno. 포항 출장샵

    ReplyDelete