Thursday, March 6, 2014

Kembara Orang Berdosa Pt1 : Satu Permulaan

Assalamualaikum... dah lama nk tulis (taip) pasal umrah hr tu.. tp bila masuk opis, tinggal kerja 2 minggu je, tp kerja yg nk kena setel mcm 2 bulan cuti...

Kebetulan terjaga, maka sempatlah taip skit2...

Alkisahnya:

Bang, kita pergi umrah nak? Bagai mcm x percaya bila dengar wife cakap mcm tu selepas melahirkan anak kedua kami. Dah lama merancang nak pergi umrah, tapi tak sangka wife bersemangat sekali untuk menjadi tetamu Allah.

Sebelum ni hanya menghantar ahli keluarga sahabar handai di airport untuk menjadi tetamuNya, Kali ni insya Allah aku & wife pulak akan dihantar.

Setelah berbincang2 untuk setkan tarikh dan agensi mana yg nak ambil, maka awal bulan 2 merupakan tarikh yg sesuai.

Oleh kerana kesibukkan kerja, kami hanya sempat berkursus 2 kali sahaja. Alhamdulillah ditambah dengan pembacaan buku dan rujukan org2 yg dah pergi dulu, rasa tak sabar untuk ke hari berangkat. Nak kongsi satu perkara, time kursus ni, tanyalah segala jenis soalan, terutama kaum hawa. Kalau yg mono tu kurang sikit isunya. Haidnya, keputihannya dan lain2, tanyalah hingga jelas. Kalau malu boleh tanya secara personal. Tak kirala yg bg ceramah tu ustaz atau uztazah. Nak pergi jauh ni, baik tahu daripda buat2 tahu.

Hampir dengan tarikh berlepas, semua dokumentasi telah diuruskan. Seminggu sebelum berangkat, kami ke satu kedai menjual barangan keperluan umrah/haji di Seremban 2. Kedai ni ada dkt S2 Mall. Yg best pasal kedai ni, dia jenis jujur. Tokey kedai ni, Abg Jai, akan terangkan apa yg perlu, apa yg tak perlu di bawa. Awas!! Kalau nk beli lebih2, dia mmg tak bagi sebab takut membazir dan menyusahkan jemaah. Mula2 pelik gak cara dia berniaga. Ye la kita nk beli barang, tapi kalau nk beli lebih dia taknak jual. Apa pun layanan dan panduan serta tips yg dia amat berguna. Nama kedai xleh letak la sebab x bayar royalti.He he he.

Tup-tap-tup-tap 5 Feb 2014 menjelang jugak lepas Zuhur, BIL tlg hantarkan ke KLIA. Jemaah kena berkumpul jam 3 ptg. Flight pukul 6.50ptg.

Di kawasan berkumpul, tu dia ramainya umat Nabi Muhammad (saw) yg bakal menjadi tetamuNya, Setel amik passport, boarding pass & luggage terus cari port makan sambil tunggu untuk check in.

Lastly, sampai masa untuk berangkat. Terima kasih kt Osman, Abg Kyoi, Kak Ju kerana sabggup turun untuk menghantar kami. Tak lupa buat Hisyam n Aqilah kerana sanggup datang dari Damansara dlm masa 30 minit. Rasa terharu, sedih dan berdebar.

Masuk aerotrain ke Departure Building, dh nampak 747-400. Turun dr aerotrain, cari toilet n surau, boleh tahan sesat jugak, pastu terus boarding. Since ianya chartered flight, krew dia org Indonesia bapak2 ibu2. Tepat 6.50ptg, tayar terakhir pesawat meniggalkan bumi Malaysia. 8 jam lagi akan sampai di Madinah.

Sambung Pt2 nnt:



3 comments:

  1. Semoga dapat menjejaki kaki juga ke sana nnt

    ReplyDelete
  2. Tuan. Lebih afdal utk saya tahu mana kedainya. Boleh membantu saya yg sdg cari kedai sesuai. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...kedai di S2 Mall seremban 2...ada 1 kedai je kat situ yg jual brg2 umrah dan haji...dah lupa nama kedai..level 1...

      Delete