Thursday, January 16, 2014

5 Cara Untuk Jimat Penggunaan Minyak Kereta Anda

Tahun 2014 tidak seindah daripada yang diimpikan dengan segala bagai kenaikkan harga barang. Ini diikuti dengan kenaikkan angin para pengguna yang secara langsung terasa olehnya.

Minyak RON95 naik 20 posen. Nk boikot, takkan nak isi kereta dengan air paip. Hybrid? Tengok rega kete hybrid rasa boleh cirit kat situ jugak.

Lepas dok kaji punya kaji, last terjumpala cara2 nak jimat petrol. Ada 5 cara:

1. Sentiasa basuh kereta dan wax selalu. Kajian saintifik menunjukkan ia dapat menambahkan lagi tahap aerodinamik kereta anda.
Kajian sains-itik menunjukkan sekiranya telah dibasuh dan di wax sampai berkilat bagai, kereta itu tidak akan bergerak hari itu atas alasan takut kotor kembali. Sah ianya dapat menjimatkan minyak.
Namun ianya terpakai di negeri yang airnya percuma.


2. Perlahankan radio anda ketika memandu. Mengikut pakar psikologi, semakin kuat radio berdentum semakin alpa dan hanyut ketika anda memandu. Ini menyebabkan anda tidak 'sedar' anda terbawak laju.

Setelah diamati, teori ini ada kebenarannya secara 50 peratus. Apa??!Tak boleh terima 50% kebenaran, yang 47% peratus tu ok je terima. Ok balik ke tajuk asal. Semakin kuat radio anda semakin tak dengar la bunyi enjin kereta anda. Maka untuk periksa, terpaksalah anda menekan minyak untuk mendengar enjin kereta anda ok atau tidak. Maka secara otomatik kereta anda bertambah laju.




3. Jangan buka timgkap kereta anda. Cara ini hanya berguna kalau anda memandu dengan kelajuan melebihi 137km/j. Bawah pada tu langsung takde kesan. Apabila tingkap di buka, ianya secara langsung menyebabkan tahap geseran udara meningkat dan ini menjadikan kereta anda 'berat'. Ia juga mengubah profil aerodinamik kereta anda, contoh kereta Wira SE, bila buka tingkap pada 137km/j akan terasa macam bawa Kancil 660. Kena tekan lagi la untuk dapat power.


4. Jangan buka Air-Con kereta anda. Aircon menggunakan sehingga 30% petrol anda untuk menyejukkan suasana dalam kereta anda.

Ujian dijalankan dengan 2 buah kereta yang sama. Kedua-dua kereta diisi dengan 50 liter petrol ( dlm RM100++). Salah satu kereta air-con terus dimatikan, takut driver main tipu. Selesai ujian, kereta yang guna aircon dapat jarak 439km, manakala yg tak guna air-con dapat jarak 556km. Untuk mengatasi kepanasan dalam kereta, dicadangkan untuk membawa kipas mini, yg pakai bateri pun boleh atau lebih elok pakai solar.


5. Last sekali, cara paling jimat adalah dengan meminta kenderaan lain menunda kereta anda. Anda jimat minyak, tayar tak haus, brake pad tak terusik, mcm2 lagi la. Yg penting anda samapai di destinasi

PENGALAMAN BERSALIN ADAM HARITH BIN HAFIEZF IZZUDDIN 3

sambungan...

Aku hanya sempat berjumpa dgn Dr Wan hanya 3 kali saja...pertama sebab hubby dan aku tak selesa dengan doktor lelaki....dah la FPP (Full Payment Patient)...layanan stafnya juga tidak memuaskan...sebelum ni aku bertugas di Merlimau pun aku sanggup ulang alik dari Merlimau ke Bangi dan Ampang untuk bertemu Dr Fatimah dan Dr Ariza...sebab mereka perempuan dan sangat2 berpengalaman...oleh kerana ingin doktor perempuan juga aku tak kisah ulang alik dari seremban 2 ke Bangi setiap bulan dan bersalin di sana...hey duit masing2 kan...hubby dan aku sangat2 mementingkan doktor perempuan...

Oleh kerana itu hanya 3 kali saja aku pergi...sebab yang lain aku dah bosan dengan hanya check jantung baby saja...walaupun aku tahu itu adalah prosedur...pada minggu ke 35 aku dah tak pegi check up lagi...aku hanya berdoa dan memujuk baby untuk tidak keluar awal dan still hang on kat dalam perut...masa ni memang aku bertawakal saja...korang jangan ikut macam aku...hehehe...

Sehingga la minggu ke 36 aku pergi check up kat annur...doktor kata air ketuban baby memang sikit...jadi terus decide untuk bersalin hari tu juga...doktor check bukaan ku...kali ni tak sakit sangat...mungkin aku dah ready sebab dah ada pengalaman sebelum ni...dan dah terbuka 2cm...patut la aku rasa dah start rengat2...kali ni hubby dah bersedia lebih awal...barang2 baby dan aku semua dah ada dalam kereta...huhuhu...

Kami pun pergi ke Hospital Annur sebelah klinik O&G...masa tu baru pukul 10 pagi...aku cakap pada hubby mungkin malam aku bersalin...macam haikal dulu...bile receptionist inform bilik single masih belum ada kekosongan dan kena tunggu hingga pukul 12 tengahari, kami decide untuk pergi sarapan...masa ni la aku balun ais...last sebelum berpantang...hehehe...

Selepas dapat bilik, aku pun menunggu macam biasa....nurse datang buat ctg dan masukkan ubat untuk membuang...masa ni aku tengok ada pendarahan sikit...aku dah cuak...terus panggil nurse...dan nurse pun bawa aku ke bilik bersalin...

nanti aku sambung cerita pasal bersalin pula...




Tuesday, January 14, 2014

PENGALAMAN BERSALIN ADAM HARITH BIN HAFIEZF IZZUDDIN 2

Salam sayang semua...hah macam biasa la...nak sambung story...story ini untuk aku jugak sebenarnya...supaya aku tak terlupa setiap detik semasa mengandungkan dan melahirkan adam harith...

Selepas dapat tahu aku pregnant lagi...bermula la muntah2 dan mabuk2 yang sangat dashyat...sampai aku ambil unpaid leave sebulan...mula2 nak mintak sampai aku bersalin...tapi atas sebab2 tertentu hanya dapat sebulan saja...aku pergi kerja hanya nak siapkan kerja dan sangat berharap cepat la pukul 5...sampaikan banyak kali berhenti tepi jalan untuk muntah sahaja...masa ni juga aku sangat2 terganggu...emosi dan mental...orang yang tidak hadapi memang tidak akan faham...dengan tak boleh makan...tiada tenaga...aku susut sampai 15 kg...tapi macam biasa...doc Fatimah memang tahu dan tidak cakap apa2...

Masalah hadir apabila masuk bulan ke 6 sehingga saat melahirkan...masalah pertama air ketuban ku hanya cukup2 saja...menambahkan emosi ku yang tidak stabil...kerana doc akan meminta aku melahirkan adam harith awal sekiranya air ketuban masih sama...oleh itu semasa bulan ke 7 aku mengambil injection untuk kuat kan paru2 adam harith...injection ini sakit ok...memang terasa sampai ke tulang...huwaaaa....

Masalah ke 2 apabila aku hadapi kencing manis, kencing kotor dan kencing berdarah...ok...complete set...ngeri bila fikirkan balik...bila 32 minggu, oleh kerana air ketuban ku semakin berkurangan....terus doktor fatimah buat refer letter ke hospital putrajaya...kerana hospital annur tidak mengambil kes kelahiran sebelum 36 minggu kerana tidak disediakan inkubator...dr fatimah telah memilih ketua O&G di situ iaitu dr wan....setelah memeriksa perut aku, dr wan kata kandungan still boleh bertahan lagi...tp setiap minggu kena pergi follow up....dan sekiranya baby kurang bergerak cepat2 ke hospital...memang cuti aku byk habis waktu ni...

To be continue....

Sunday, November 3, 2013

Persiapan untuk menempuh cuti sekolah

 
Cuti sekolah hujung tahun tinggal beberapa hari lagi.Di sebalik plan untuk berjalan time cuti, kena pikir jugak apa yg perlu dibawak.Salah planning, cuti yang nampak best pun akan jadi tak best.

Bila sebut bab packing, mestilah melibatkan beg.Nak guna beg mana? Besar mana?Nak bawak brape beg?Jenuh gak. Biasanya ada 2 jenis beg untuk berjalan ni. Ada jenis luggage yg macam kat bawah  ni. Yg ni datang dengan seribu satu design dan material. Ada plastic, ada yang kulit, ada yg mahal & ada yang murah.



 
Jenis satu lagi ialah jenis beg kain yg macam kat sebelah ni. Jenis ni selalu korang tengok student guna. Beg ni biasa ikut fesyen sukan.Zaman-zaman ni semua ada benda bag yg macam ni, tk kira la samada main sukan atau tak.


Last sekali, jenis backpack atau jenis outdoor.Jenis ni ada mcm bentuk, mcm2 saiz & ada yang direka khas untuk apa jenis keadaan. So, nak guna yang mana untuk packing?

Untuk family sebesar 2+2 (2 besar, 2 anak) biasa boleh guna kombinasi berikut:

  1. Satu luggage saiz medium + satu beg kain
  2. Satu luggage saiz besar + satu backpack
  3. Dua beg kain + satu back pack
Kenapa nak bawak backpack kalau semua beg dah cukup? Hmm.. bayangkan kalau anda anak kecil, adalah lebih mudah untuk membawa segala barangan anak2 dalam backpack. Ofkos la, semua barang tu dah packing. Barang biasa yang biasa husband letak dalam backpack 50Liter dia tu adalah:
  • Satu set baju salin untuk setiap anak
  • Dua kotak kecil baby wipes
  • Dua bekas kecil yg dah isi dengan susu baby
  • Segala brg untuk tukar pampers
  • Ubat2an
  • 2 botol susu setiap anak
  • Plastik
Backpack ni gunanya untuk isi barang yg digunakan semasa berjalan. Dalam erti kata lain, versi kecil barang anda yang ada dekat tempat penginapan anda. So x semestinya letak barang anak/baby je.

Percayala.. biar ada dari terhegeh2 nak cari bila nak guna. Bali, Singapore, Pangkor, Langkawi, A Famosa... semua dah jadi saksi betapa bergunanya backpack ni.

SELAMAT BERCUTI

 

Sunday, October 27, 2013

ATMOSPHERE 360 DEGREE RESTAURANT KL TOWER

Assalamualaikum semua...Alhamdullilah masih dipinjamkan nafas ini...genap umur ku 31 tahun pada rabu yang lalu...segalanya bermula bulan lepas bila hubby tanya boleh tak ambil cuti pada 23hb...aku jawab agak susah sebab masa tu student tengah exam...aku agak pelik...aku pun tanya kenapa...dia xjawab...aku push jugak tanya...ye la aku xsuka surprise...bagi aku lebih elok apa2 pun yang hendak di buat plan sama2...supaya lebih mudah...tapi hubby aku memang suka surprise kan aku...memang nature dia macam tu sejak dulu lagi...akhirnya dia give up...dia cakap dia dah booking untuk lunch di tempat yang aku teringin sangat nak pergi...aku jawab di mana...banyak rasanya tempat yang aku nak pegi...hehehe...then dia jawab la di sini...

Aku pun happy...dan selamat aku diizinkan cuti...dan sementelah aku dan hubby bercuti..kami pun ke pejabat imigresen...tak setel2 lagi urusan passport...dan agak meletihkan sebab kami beratur sebelum pukul 8 pagi lagi...dan siap pukul 3 petang...sangat memenatkan...dan hubby sudah tukarkan booking dari lunch ke dinner...atas permintaan aku..banyak songeh kan...hehehe...

Semasa di imigresen mak call...panggilan yang memang aku sangat2 tunggu semasa harijadi ku... Alhamdulillah mak masih mempunyai ingatan yang kuat...cukup kuat sampai dia ingat hari yang dia melahirkan aku...pukul berapa...dan abah yang masa tu mengambil pingat AMN...hanya anak dia ini saja yang xberapa ingat tarikh2 yang kurang penting...berbeza dengan suami ku...tarikh pertunangan dengan merisik pun dia ingat...

Tapi aku tidak dapat menjawab panggilan mak sebab tengah berurusan di kaunter...aku telefon emak semula selepas segalanya selesai...mak sangat excited....excited cerita tentang adik ku Osman yang membawa dia berjalan2 di Melaka....dan dia jawab dia ada belikan stokin untuk ku untuk ku pakai semasa di sana nanti...aku cakap kenapa awal sangat mak beli...aku pun xbeli apa2 lagi....mak aku cakap masa di kedai tu ada orang tu nak pegi bulan 3 pun dah shopping2...ishk awalnye...aku dan hubby belum decide apa2 pun tentang persiapan...yang kami pentingkan sekarang ilmu di dada yang xpernah cukup aku rasa...tapi aku ucapkan terima kasih dekat mak...kerana melahirkan aku dan memberi aku macam2...dan aku tahu mak ingin ke sana semula....setiap kali aku tanya tentang pengalaman mak semasa kat sana...mak akan tersenyum dan excited bercerita....mak memang nak kesana lagi....tapi ada tanggungjawab di sini iaitu menjaga abah...aku selalu berdoa agak mak dan abah akan ke syurga firdausi....aku harap aku pun macam mak...

Aku dan hubby bertolak ke kl tower dalam pukul 6 petang...di KL tower ni pun ada disediakan tempat solat.....di bawah beberapa gambar yang sempat aku snap...

Terdapat alunan suara yang sangat gemersik...dengan diiringi bunyi piano dan saksafon...lagu2 nya memang kegemaran kami...lagu romantik...kadang2 aku dan hubby turut sama menyanyi...memang asyik betul...


Sebelum kek ni sampai...aku dah amik kek dan tart buah kegemaran aku penuh sepinggan...hubby aku terkejut...banyaknye...lepas ni ada kek lagi...aku jawab hah...kek apa pulak ni...hubby aku tersenyum...terus floor manager bagi aku kek ni diiringi dengan lagu Happy Birthday dari penyanyi...hubby aku pun nyanyi jugak sekali...adoi...malu betul la...


hubby aku sengih je tengok aku yang agak segan...




gambar sebelum balik...



tak ingat berapa harga dia...tapi memang cantik..



sebelum ke restoran kami pegi ke observation room...orang dalam bangunan pun boleh nampak...


oyster....memang kesukaan dia...aku xboleh nak telan...berapa banyak ntah oyster dia makan malam tu...



keadaan di dalam..cantik, wangi dan selesa...



kaunter makanan..macam2 makanan yang ada...makanan biasa2 saja bagi aku...yang best tengok pemandangan....



klcc sangat cantik...



itu saja kot...best...untuk special occasion highly recommend this place...selama 2 jam di atas memang satu pengalaman yang tidak akan dilupakan...

last but not least....



hehehe...daaaaaaaaaaaaaaaa.....



Saturday, October 26, 2013

How its happen?

Aku jarang masuk blog sekarang ni...bila agak2 aku teringat baru aku masuk. Anehnya macam mana hari2 ada orang baca pasal pengalaman bersalin adam haikal ni. Hari2 ada je yang view....lepas tu aku pun try taip dekat google pengalaman bersalin....hamik kau...page 1 nombor 8 pasal cerita itu....macam mana boleh jadi camtu eh? Aku tak buat apa2 pun...chatbox aku pun banyak iklan jadinya....takpe la...malas aku nak delete....hubby cakap suruh update blog hari2...tak kuasa la aku nak karang ayat hari2 wei....best jugak kalau aku promote cheese cake kat sini kan? Hehehe...

Sunday, September 22, 2013

PENGALAMAN BERSALIN ADAM HARITH BIN HAFIEZF IZZUDDIN

Assalamualaikum semua...dah lama tak post apa2...maklum la anak dah dua ni memang nak buat apa2 pun tak sempat...dengan kerja lagi yang menimbun lepas abis cuti pantang...tapi sekarang agak lega sikit...ada masa terluang ni boleh la jenguk blog ni balik...itupun bila hubby bagitau blog dah cecah 10 ribu pengunjung...terima kasih kerana sudi membaca...

Sebenarnya aku nak kongsi pengalaman bersalinkan Adam Harith...memang berbeza dengan pengalaman sebelum ni...dan waktu mengandung pun berbeza...hubby yang cakap...waktu mengandungkan Adam Haikal dulu aku kurang emosional...tapi kali ni aku agak lemah dan sgt2 beremosi...tapi masa Adam Haikal aku muntah lagi teruk...Adam Harith masuk 7 bulan aku dah ok sikit...ok enough of that...aku nak cerita tentang Adam Harith..

Aku tak tahu yang aku akan mengandung lagi...ceritanya bermula apabila perjalanan pergi ke muar untuk pertunangan adik ipar aku...time tu aku rasa mulut tak berapa best...dan agak penat sedikit...aku minta hubby belikan asam...kemudian next weeknya pula dalam bulan 9 2012...lagi sorang adik ipar aku betunang kat kuala kangsar...masa ni aku dah rasa lemau...dalam perjalanan pulang kitaorang singgah kat cameron highlands...masa turun tu aku dah flat...terbaring kat belakang...sampai rumh memang terbaring je la...sehingga aku tak larat nak kerja besoknya...aku pun pergi berjumpa doktor rahimah di kliniknya yang berdekatan dengan umah aku...nama sama macam mak aku...hehehe..

Aku cakap kat dia yang aku tak larat...mungkin gastrik lagi sebab perut tak berapa selesa...tapi masa tu aku dah suspect yang aku pregnant...sebab dah 2 minggu tak period...tapi aku malas nak check sendiri...terus doc tanya dah period belum...kalau belum kita check la dulu...aku pun ok saje...bila check memang confirm aku pregnant lagi...dah 6minggu masa tu...

Ok la nanti aku sambung...