Sunday, November 15, 2015

From Dungun to Melaka - Ep1

7-11.. family aku buat first family holiday sejak kitaorang anak beranak dah keje dan dah ada famili.Sebelum tu, banyak la jugak tempat2 lain yg diusha, tapi atas faktor kilometer dan masa, Melaka la jawapannya.

Tempat di Melaka ialah Bayou Lagoon Park Resort dekat Bukit Katil. Jom tengok skit camner rupa Bayou Lagoon Park Resort.

 Kat sini ada dua jnis apartment, Amari Villa & Tahiti Villa.Kitaorang amik apartment 3 bilik 2 unit. satu famili dalam RM280 termasuk sarapan. OK la kan?Ops..lupalak.. tu untuk 3D2N stay.

Check in hari Sabtu jam 3 petang. Yang tak best kat sini sebab parking depan apartment memang terhad. Kena plak masa tengah peak, mmg makan masa la jawabnya. 
Tip : Kawtim dgn resort utk checkin awal


Setel checkin dan punggah barang dan parking dekat hujung resort, jom tgk bilik kitaorang. 

Depan lobi
Kitaorang amik 2 unit apartment 3 bilik. Unit ni ada 1 masterbedroom & 2 guest room. Ruang tamu agak luas.In total, unit ni blh tampung sampai 8-10 org. Yg tu pandai2 la susun ye.

Master Bedroom
Twin sharing bedroom
Bilik air complete dengan water heater. Namun xde bathtub or jacuzzi. Ikut nasib la kalau ada yg dapat.

Satu benda yg xblh buat kt sini ialah masak. Dapur mmg xde. kalau memasak akan didenda RM200. Hmm. rasenya yg tu kalau menggoreng sampai trigger smoke alarm. Setakat masak nasi ok je, Tarik je extension cord and masak dekat kawasan balconi.

Kitchen utensil xde, so bawakla pinggang mangkuk cawan kertas/plastik.

WIFI? Jgn gembira sangat walaupun ada signal, xleh harap langsung. Mmg dia suh kita bercuti tanpa gangguan teknologi.

TV ada Astro dengan limited channel. Nak angkut sendiri, tak payah sebab mmg x dapat. Dah try.

OK dah abis check in, dah check bilik, apa lagi lapar la.

Jalan jem sebab kedai makan? Apa yang best sangat? Tunggu next entry.

Thursday, October 29, 2015

GENAP SEBULAN...PEMERGIAN ABAH part 1

Assalamualaikum...

Genap sebulan Abah pergi...masih aku ingat lagi senyuman abah...tawa abah....sambut aku setiap kali aku balik Tampin..

Abah kena strok dah lama...seingat aku sejak aku berumur 16thn...tapi abah masih boleh uruskan diri sendiri...sehingga la keadaan abah makin uzur pada Raya Haji yang lalu...abah tidak lagi tersenyum..hanya pandangan yang tidak bermaya...nak salam pun abah tak larat nak bagi tangan dia...hati aku rasa tak sedap...tak pernah abah macam ni...biasa dia akan sebut nama aku..nama anak2 aku...

Perasaan aku...aku nyatakan pada Abg Kyoi..dia hanya menjawab....sampai lama mana kita nak hidup..100thn? 1000thn? 

Sehingga pagi Selasa aku dapat panggilan kira2 pukul 5.25AM...aku yang sedang tidur terus terjaga dan melihat HOME pada skrin telefon...aku dapat mengagak berita sedih yang akan aku terima..sangat sedih...Siti adik ipar ku cakap..."abah dah takde...mak suruh balik cepat"...aku terus menangis...kemudian mak menyabarkan aku melalui telefon...lepas aku bercakap dengan mak...hubby aku terus memeluk aku..aku terus suruh dia bersiap dan kemas barang2...adams dihantar dulu ke rumah ibu pengasuh dan hubby aku akan ambil balik tengahari...dan aku lihat ada TELEGRAM yang dihantar oleh osman pukul 5.15 pagi...cakap abah takde...cepat balik...

Perjalanan balik ke rumah Tampin sangat menyesakkan dada...aku berharap cepat sampai ke rumah...sampai saja ke rumah aku terus berjumpa mak dan masuk ke bilik abah...mak berpesan jangan nangis dan redha sahaja...abah dah macam tu lama...mak sangat tabah..."Assalamualaikum Abah"..aku masih ingat abah seakan senyum kepada aku...lantas aku kucup tangan abah dan pipi abah perlahan2...aku mohon maaf pada abah...lama aku pandang wajah abah...kaki, tangan dan muka abah sejuk...

Terus aku dan hubby membaca Yasin untuk abah dan selepas itu uruskan rumah untuk pengurusan jenazah...aku hanya memerhati orang yang datang...terima kasih sangat2 pada mereka semua...nanti aku sambung lagi...