Minyak RON95 naik 20 posen. Nk boikot, takkan nak isi kereta dengan air paip. Hybrid? Tengok rega kete hybrid rasa boleh cirit kat situ jugak.
Lepas dok kaji punya kaji, last terjumpala cara2 nak jimat petrol. Ada 5 cara:
1. Sentiasa basuh kereta dan wax selalu. Kajian saintifik menunjukkan ia dapat menambahkan lagi tahap aerodinamik kereta anda.
Kajian sains-itik menunjukkan sekiranya telah dibasuh dan di wax sampai berkilat bagai, kereta itu tidak akan bergerak hari itu atas alasan takut kotor kembali. Sah ianya dapat menjimatkan minyak.
Namun ianya terpakai di negeri yang airnya percuma.
2. Perlahankan radio anda ketika memandu. Mengikut pakar psikologi, semakin kuat radio berdentum semakin alpa dan hanyut ketika anda memandu. Ini menyebabkan anda tidak 'sedar' anda terbawak laju.
3. Jangan buka timgkap kereta anda. Cara ini hanya berguna kalau anda memandu dengan kelajuan melebihi 137km/j. Bawah pada tu langsung takde kesan. Apabila tingkap di buka, ianya secara langsung menyebabkan tahap geseran udara meningkat dan ini menjadikan kereta anda 'berat'. Ia juga mengubah profil aerodinamik kereta anda, contoh kereta Wira SE, bila buka tingkap pada 137km/j akan terasa macam bawa Kancil 660. Kena tekan lagi la untuk dapat power.
4. Jangan buka Air-Con kereta anda. Aircon menggunakan sehingga 30% petrol anda untuk menyejukkan suasana dalam kereta anda.
Ujian dijalankan dengan 2 buah kereta yang sama. Kedua-dua kereta diisi dengan 50 liter petrol ( dlm RM100++). Salah satu kereta air-con terus dimatikan, takut driver main tipu. Selesai ujian, kereta yang guna aircon dapat jarak 439km, manakala yg tak guna air-con dapat jarak 556km. Untuk mengatasi kepanasan dalam kereta, dicadangkan untuk membawa kipas mini, yg pakai bateri pun boleh atau lebih elok pakai solar.
5. Last sekali, cara paling jimat adalah dengan meminta kenderaan lain menunda kereta anda. Anda jimat minyak, tayar tak haus, brake pad tak terusik, mcm2 lagi la. Yg penting anda samapai di destinasi
hihi yg no.5 tu yg tak tahan tu
ReplyDeletetu husband sy yg tulis..hehehe...
Delete