Perjalanan selama 8 jam tidak dirasai sangat sebab
perjalanan waktu malam. Tiba di Madinah jam 10.30 malam waktu madinah (3.30 pg
waktu Malaysia). Urusan kastam lancar. Satu perkara disini, adalah dinasihatkan jika porter telah loading bagasi anda ke atas trolley, anda boleh
unloading balik. Sebabnya, akan ada upahnya nanti. Ada 30 rial, ada 50 rial.
Bukan bermaksud kedekut, tapi untuk jarak sejauh tak sampai 100m untuk tarik
beg beroda, lebih elok anda sendiri yg buat.
Sampai di hotel dalam pukul 2 pagi. Ambil makanan dan kunci
bilik. Setelah naik ke bilik, mula2 sangka salah bilik ni. Tapi bila check
balik mmg sah bilik yg betul. Bilik di private floor, suite 3 bilik.
Alhamdulillah. Dapat plak neighbour yg kenal kat TH Kelana Jaya.
Jam 3 pagi baru habis setel semua. Mandi, solat jamak,
unpacking brg2 perlu. Pastu tido la, pukul 4 nak kena bangun bersiap. Subuh
dalam pukul 5.30. Pukul 4.00 dah agak ramai dalam ruang solat Masjid
Nabawi.
Di depan Hotel di Madinah |
Pandangan dari tingkat 14 bilik hotel |
Rasa mcm tido dlm 5 minit, alarm S3 dah bunyi. Masa untuk mandi dan bersiap.Trr!!Sejuk..Walaupun dah kena siram dengan air panas &
pakai sweater, masih sejuk kat luar masjid. Cukup menarik apabila payung mula
dibuka.
Selepas Solat Subuh |
Payung yg telah buka sepenuhnya |
Selesai solat Subuh, tak lama selepas tu, imam umum untuk
solat jenazah.
Bayangkan jemaah yg hampir satu Masjid Nabawi solat jenazah.
Selesai semua,di perkarangan masjid penuh dengan puluhan
ribu jemaah yg solat di luar. Kesejukkan tak menjadi penghalang. Pengalaman yg
amat bermakna solat di Masjid Nabawi.
Semasa menuju balik ke hotel, terdengar sayup2 “Malaysia
Bagus”, “Malaysia Boleh”. Rupanya peniaga jalanan sudah mula “berperang”.
Boleh dikatakan hampir semua peniaga kat sini boleh bercakap Melayu sikit2.
Barang yg dijual dari baju hingga ke hati unta pun ada. Murah, boleh naik syeh
kalau lama2. Kan takut lari niat asal ke Madinah.
Balik hotel, breakfast. Pagi2 dh tala nasi lauk daging &
kambing. Xder istilah diet dah. Makanan ala buffet bertemakan Malaysia campur
sikit2 Arab. Nasi ada beras biasa, ada beras basmathi. Amik beras basmathi ,
pastu jap lagi bersandar.
Program pertama untuk hari ni adalah ziarah dalam kawasan
Majid Nabawi. Tempat pertama dalam program ziarah adalah Raudah. Raudah adalah
satu tempat khas di dalam Masjid Nabawi. Ia terletak di antara makam Nabi
Muhammad (saw) dan mimbar tempat baginda berkhutbah.
Ianya adalah satu tempat yang mustajab doa. Nak masuk Raudah ni ada peraturannya, jemaah
lelaki tak bercampur dengan jemaah perempuan. Hanya untuk jemaah perempuan,
waktu lawatan adalah terhad. Selepas
solat subuh dan makan, kami para jemaah berkumpul di lobi hotel untuk ke
Raudah. Jemaah perempuan ikut ustazah, yang lelaki ikut ustaz.
Saya yg secara tiba-tiba ingin ke tandas, lalu tanya ustaz
ramai lagi yang tak turun. Jawab ustaz ada lagi. Jadi saya bajet sempatla nak
ke tandas. Selesai urusan tandas, terus ke lobi. Kat lobi dah kosong, rupanya
depa dah gerak masa saya ke toilet.
Habis, kepala dah mula pusing, mana nak cari Raudah ni,
Masjid Nabawi tu luas. Pertama kali lak sampai di Masjid Nabawi, cuak jugak.
Saya terus istighfar dan berdoa dalam hati agar dipermudahkan urusan. Saya amik
keputusan untuk ke sana seorang diri. Sepanjang jalan tak henti2 berdoa pada
Allah.
Masuk dalam Masjid Nabawi, kaki saya seolah2 tahu je mana
nak pergi. Alhamdulillah sampai jugak di Raudah. Terjumpa dengan mutawif muda
Tabung Haji. Beliau adalah pelajar di Jordan. Jadi, saya ikut dia memandangkan
dia boleh berbahasa arab. Sampai di kawasan Raudah, penuh dengan jemaah yg
sedang beribadat di dalam, yang menunggu giliran nak masuk. Saya dan mutawif
tadi amik keputusan untuk solat sunat tahiyatul masjid di kawasan berhampiran
Raudah.
Dalam Masjid Nabawi untuk jemaah wanita |
Masjid Nabawi |
Sekitar Raudah & Makam Nabi |
Dalam Raudah untuk jemaah lelaki |
Menuju ke Makam Nabi |
Selesai solat, saya terus menuju ke arah Pintu Jibril. Tak tergambar
perasaan apabila sampai di pintu Makam Nabi, Makam Abu Bakar & Makam Umar.
Jujur cakap, memang susah nak gambarkan apabila lalu di hadapan pintu makam.
Mengikut ustaz, Nabi Muhammad menjawab salam umatnya. Allahu Akbar.
Setelah keluar dari masjid, kami berdua terus ke Perkuburan
Baqi. Di sini letaknya para sahabat nabi, para isteri nabi dan para
syuhada. Ketika saya sampai, pintu
perkuburan masih belum di buka. Jam dah menunjukkan jam 10pg. Saya amik keputusan
untuk ke hotel dulu.
Sampai di hotel, terus singgah ke kedai Bin Dawood. Saja
pusing2 tgk apa yg ada. Banyak jugak barang yg murah.Maggi cup pun ada. Air
Barbican hanya SAR2 (RM2 je). Beli satu jenis roti, brand 7Days. Roti ni
asalnya croissant, tapi ada inti kat dalam. Ada cokelat, ada strawberi.
Naik ke
bilik jap dan cuba berhubung dengan wife dengan Whatsapp (guna WIFI hotel).
Wife inform kat Raudah penuh, tapi nak cuba masuk jugak. Saya terus bagi
galakan dan kata semangat. Selepas
berehat sekejap, wife saya bagitau dia dah selesai di Raudah. Sampai kat bilik
wife cerita dia dapat solat sunat depan tiang. Lepas solat baru mutawif
perempuan bagi tau yg itu adalah tiang taubat. Alhamdulillah, Allah telah
memudahkan urusan wife saya. Kami berehat seketika. Jam 12.30pm sudah masuk
waktu Zuhur. Kami biasa akan turun dalam pukul 11.45am.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment