Sunday, November 3, 2013

Persiapan untuk menempuh cuti sekolah

 
Cuti sekolah hujung tahun tinggal beberapa hari lagi.Di sebalik plan untuk berjalan time cuti, kena pikir jugak apa yg perlu dibawak.Salah planning, cuti yang nampak best pun akan jadi tak best.

Bila sebut bab packing, mestilah melibatkan beg.Nak guna beg mana? Besar mana?Nak bawak brape beg?Jenuh gak. Biasanya ada 2 jenis beg untuk berjalan ni. Ada jenis luggage yg macam kat bawah  ni. Yg ni datang dengan seribu satu design dan material. Ada plastic, ada yang kulit, ada yg mahal & ada yang murah.



 
Jenis satu lagi ialah jenis beg kain yg macam kat sebelah ni. Jenis ni selalu korang tengok student guna. Beg ni biasa ikut fesyen sukan.Zaman-zaman ni semua ada benda bag yg macam ni, tk kira la samada main sukan atau tak.


Last sekali, jenis backpack atau jenis outdoor.Jenis ni ada mcm bentuk, mcm2 saiz & ada yang direka khas untuk apa jenis keadaan. So, nak guna yang mana untuk packing?

Untuk family sebesar 2+2 (2 besar, 2 anak) biasa boleh guna kombinasi berikut:

  1. Satu luggage saiz medium + satu beg kain
  2. Satu luggage saiz besar + satu backpack
  3. Dua beg kain + satu back pack
Kenapa nak bawak backpack kalau semua beg dah cukup? Hmm.. bayangkan kalau anda anak kecil, adalah lebih mudah untuk membawa segala barangan anak2 dalam backpack. Ofkos la, semua barang tu dah packing. Barang biasa yang biasa husband letak dalam backpack 50Liter dia tu adalah:
  • Satu set baju salin untuk setiap anak
  • Dua kotak kecil baby wipes
  • Dua bekas kecil yg dah isi dengan susu baby
  • Segala brg untuk tukar pampers
  • Ubat2an
  • 2 botol susu setiap anak
  • Plastik
Backpack ni gunanya untuk isi barang yg digunakan semasa berjalan. Dalam erti kata lain, versi kecil barang anda yang ada dekat tempat penginapan anda. So x semestinya letak barang anak/baby je.

Percayala.. biar ada dari terhegeh2 nak cari bila nak guna. Bali, Singapore, Pangkor, Langkawi, A Famosa... semua dah jadi saksi betapa bergunanya backpack ni.

SELAMAT BERCUTI